Monday, 12 August 2013

#Repost2



Perkongsian Tuan Afyan Mat Rawi (Afyan): 


"Orang kita memang sensitif... 

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim, baru sedar 


selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi. 


Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama mengamalkan poligami, baru 


sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi dah

macam laki bini.


Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing, baru 


sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan 

berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.


Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan jawi dicetak terbalik, baru sedar selama 


ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari.


Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik 

tidak menutup aurat, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan 

ratu cantik pun berpakaian begini. 


Orang kita memang sensitif dengan berita DNA babi dalam makanan, baru perasan 


sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini. 


Teguran dan muhasabah ini untuk diri sendiri, 


Sayalah orang kita yang dimaksudkan ini,

Tidak perlu terasa di dalam hati 




Afyan Mat Rawi,


Jasin, Melaka. 


6 Syawal 1434, 


13 Ogos 2013."






No comments:

Post a Comment